24
Sat, Aug
20 Artikel Baru

Masyarakat Cina hargai usaha Adun PAS

Berita
Typography
GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan yakin masyarakat Tionghua sangat menghargai usaha dan perkhidmatan yang dilakukan oleh 13 orang Adun PAS. 
 
Katanya, jika melihat kehadiran mereka di setiap program anjuran Adun PAS menunjukkan sokongan mereka secara zahir. 
 
Beliau yang juga Adun Gombak Setia berkata, masyarakat Tionghua juga mengharapkan Adun PAS dapat meneruskan perkhidmatan kepada rakyat di masa akan datang. 
 
"Pada saya masyarakat Tionghua yang mendapat maklumat yang benar tentang PAS akan tetap memberi sokongan padu kepada PAS.
 
Mereka boleh terus menerima kehadiran PAS dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh pihak musuh," tegasnya. - HARAKAHDAILY 4/2/2018
 
(Ikuti penerangan lanjut beliau mengenai perkara tersebut yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2321 edisi Isnin di mana telah berada di pasaran)