20
Tue, Aug
28 Artikel Baru

Telahan rambang tular calon PAS Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: PAS menyifatkan nama-nama calon parti itu yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang ditular di media sosial sebagai telahan rambang.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia segaja ditularkan pihak tertentu hanya untuk mensensasikan suasana politik di ambang PRU 14.

“Setakat ini PAS hanya menyenarai pendek nama-nama calon. Kita sendiri pun belum ada senarai nama calon seperti ditular pihak terbabit,” katanya di sini.

Katanya, sejak minggu lalu nama-nama calon PAS yang bakal bertanding di 45 kerusi Dun dan 14 Parlimen menjadi tular di media sosial.

Beliau juga berkata, nama-nama yang ditularkan bakal bertanding di 45 Dun itu membuktikan PAS tidak bekerjasama dengan Umno.

“Sekiranya benar PAS bekerjasama dengan Umno, sudah tentu tidak semua kerusi PAS bertanding,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/2/2018