Kerajaan negeri sedia bantu penduduk

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi jaminan membantu penduduk yang terbabit projek pembangunan Lembah Binjai dengan mendapat tawaran harga tanah yang berpatutan.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggunakan kaedah biasa membuat penilaian harga tanah.

“Bagaimanapun pemilik tanah ada hak untuk menuntut harga yang lebih baik dan dijamin di bawah Akta Pengambilan Tanah. 

"Mereka boleh meminta harga yang lebih baik dan munasabah untuk dirundingkan," ujarnya di sini semalam.

Media semalam melaporkan penduduk yang terbabit dengan projek Lembah Binjai tidak berpuas hati terhadap penilaian harga tanah dicadangkan.

Mohd Amar berkata, beliau difahamkan purata harga tanah di kawasan tersebut RM1.88 sehingga RM7 sekaki. Harga tersebut pula tertakluk kepada kedudukan tanah tersebut," katanya. -HARAKAHDAILY 1/2/2018