26
Sun, May
21 Artikel Baru

Muslimat Petra Jaya giat sebar agenda Dokumen Hijau

Berita
Typography
PETRA JAYA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan aktiviti sebaran risalah khas berkaitan Dokumen Hijau kepada masyarakat di Samariang, di sini kelmarin.
 
Ketua Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang berkata, tiga isu utama iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai mata wang dan kos sara hidup telah diutarakan penyelesaiannya menerusi dokumen itu.
 
Demikian itu ujarnya, solusi dikemuka PAS tersebut sewajarnya diangkat ke makluman masyarakat agar dapat bersama melakukan perubahan untuk mengatasinya menerusi kuasa undi.
 
Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Petra Jaya, Wanee Doni berkata, inisiatif itu adalah sebagai meluaskan tindakan untuk memahamkan masyarakat terhadap agenda di bawa PAS.
 
"Dokumen Hijau bukan sahaja mengangkat isu yang menjadi igauan masyarakat, tetapi turut hadir bersama cadangan-cadangan bernas bagi mengatasi setiap masalah yang difokuskan.
 
"Sebaran ini sangat penting agar gagasan di bawa PAS ini difahami masyarakat dan seterusnya dapat memberi keyakinan bahawa PAS mampu memimpin negara," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 23/1/2018