PUM sokong tarik balik guna IMAMS

Berita
Typography

PERSATUAN Ulama' Malaysia (PUM) mengalu-alukan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menarik balik penggunaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

“Sewajarnya perlaksanaan sistem sebegini diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat terutama masyarakat Islam yang terlibat secara langsung dalam urusan umrah dan haji,” ujar Yang Dipertua PUM, Dato' al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, jangan ada sistem-sistem yang diperkenalkan yang menambah bebanan kepada mereka.

Beliau menambah, elakkan juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sistem yang dibuat.

“Apapun, syabas di atas keputusan menarik balik penggunaan sistem IMAMS ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/12/2017