Terengganu bentang bajet pilihan raya

Berita
Typography

PAS menyifatkan Bajet 2018 yang dibentang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman baru-baru ini sebagai bajet pilihan raya.

Adun Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, bajet yang dibentang berjumlah RM1.996 bilion masih mencatat defisit sebanyak 10 peratus atau RM181 juta.

Katanya, bajet yang begitu besar itu dilihat orang ramai sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

“Ini kerana banyak isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan mengurus projek yang dilaksana sebelum ini.

“Banyak prokek terbengkalai dan akhirnya tidak dapat dimanfaatkan rakyat biarpun banyak peruntukan dihabiskan,” katanya pada persidangan Dun semalam. – HARAKAHDAILY 15/12/2017