24
Sat, Aug
21 Artikel Baru

Kebangkitan anak muda digerak bersama PAS

Berita
Typography
BESUT: PAS yakin anak muda akan terus menjadi pendokong penting perjuangan Islam dengan berbekalkan semangat sebagaimana yang tercerakin dalam tema "Awok Kite Boleh Harap".
 
Malah, PAS yakin kebangkitan anak muda dapat digerak dan diselaraskan dalam gelombang yang stabil serta terkawal berasaskan konsep digariskan parti ini.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, anak muda itu pasti tidak akan terlepas dari kongkongan dan kepungan kegilaan dibentuk Kerajaan Umno-BN.
 
"Sama ada mereka pemaju atau pembeli, kontraktor atau buruh, guru atau pekebun, ulama atau orang awam, politikus atau rakyat marhain, akan menempuh keadaan itu.
 
"Mereka akan melihat pihak yang beria-ia memusuhi PAS lebih gemar memanipulasi, menginterpretasi dan memprovokasi tindakan-tindakan pimpinan PAS, akhirnya kebingungan.
 
"Musuh hairan melihat sambutan luar biasa Himpunan Fastaqim berbanding Himpunan Kleptokrasi yang mereka anjurkan," ujarnya mengulas Himpunan Pemuda Besut yang akan diadakan 26 hingga 28 Oktober ini.
 
Beliau memuji inisiatif Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut memobilisasi semangat dan jati diri anak muda untuk bersama PAS menerusi himpunan itu nanti.
 
Pelbagai acara akan diadakan pada himpunan itu termasuk memancing, forum dan konvoi motosikal, selain pelbagai perkongsian, pesanan dan arahan dari pucuk pimpinan. - HARAKAHDAILY 25/10/2017