Dua kali ganda bilangan pekerja asing haram

Nasional
Typography

WALAU apa alasan urusan rakyat dan negara menjadi keutamaan bagi kerajaan kerana tanggungjawab asasnya melindungi kepentingan rakyat dan wajib disempurnakan tanpa sebarang kompromi.

AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, dengan jumlah pekerja asing berdaftar seramai 1.78 juta orang jika setiap seorang mereka mengirimkan wang ke negara asal sebanyak RM500 sebulan, bermakna sebanyak RM890 juta wang telah mengalir keluar negara setiap bulan.

Sedangkan, tambah beliau masih terdapat dua kali ganda bilangan mereka yang bekerja secara haram.

"Bayangkan jumlah wang mengalir keluar negara setiap bulan, itu belum lagi dikira bagaimana negara membelanjakan kira-kira RM200 bilion setahun untuk mengimport makanan ke dalam negara," katanya.

Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2291.