15
Sun, Sep
30 Artikel Baru

Jangan kata PAS serupa dengan parti lain

Fikrah
Typography

DI Pejabat Agung PAS Pusat pagi ini, Tuan Guru Presiden menyampaikan taujihat perjuangan yang penting kepada kami Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Antara intipatinya Tuan Guru menegaskan...

Dalam perjuangan akhlak kita mesti lebih baik dari musuh.

Kalau akhlak kita sama dengan musuh, ibarat kita dan musuh berjalan di atas tanah rata. Kita dan musuh sama-sama guna banyak tenaga.

Bila akhlak kita lebih tinggi dari musuh, ibarat kita berjalan turun dari satu tempat tinggi. Tak perlu guna banyak tenaga. Sekadar standby tekan brek sahaja.

Jika akhlak kita lebih rendah dari musuh, ia ibarat kita sedang mendaki bukit. Penat dan banyak tenaga perlu digunakan dalam mengatur langkah-langkah perjuangan.

Jangan kata PAS serupa dengan parti lain. PAS tegak atas keimanan dan bekerja untuk menegakkan keimanan.

PAS kekal istiqamah dengan makna teguh atas aqidah perjuangan dan teguh untuk terus bekerja menegakkan syariat. Cita-cita untuk menegakkan syariat mesti ada dalam diri. Ada pun proses untuk menegakkan syariat memakan masa.

PAS lebih benar dari lawan kita. Kita yakin akan benarnya janji Allah dengan memberikan kemenangan dan balasan di hari akhirat.

PAS inginkan kemenangan yang murni. Tugas mengisi kemenangan lebih berat dari untuk mencapai kemenangan.

Catatan
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
14 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 14/10/2017