Seorang lagi nama wanita keluar dari Deepak hari ini

| .

 

KUALA LUMPUR: Satu lagi nama baru keluar dari ahli perniagaan, Deepak Jaikishan hari ini yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Flora Ong.

 

Deepak berkata, Najib mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua wanita iaitu Altantuya Shariibuu dan Flora Ong.


Deepak juga mendakwa Najib memberikan sokongan kewangan kepada kedua-dua wanita ini.


Pampasan untuk anak Antantuya

 

Deepak hari ini berjanji akan memberikan semua pampasan yang beliau perolehi dari tindakan samannya ke atas Datuk Seri Najib Razak kepada anak dan keluarga wanita Monggolia yang dibunuh dengan kejam, Altantuya Shariibuu.

Ini kerana, merekalah mangsa sebenar dari kematian wanita dari Monggolia ini, kata Deepak kepada Harakahdaily.

"Saya berjanji akan memberikan seluruh pampasan yang bakal saya perolehi dari saman ini kepada anak yatim yang ditinggalkan Altantuya dan keluarganya.

"Biarkan kebenaran terdedah (melalui saman ini)," tegas Deepak dalam kenyataannya.


RM100 juta saman



Deepak hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Najib Razak kerana mendakwa beliau sebagai orang yang tidak berkredibeliti.

Beliau juga mengaitkan adik beradik Najib dalam kes ini iaitu Nazim dan Johari Razak di samping isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini kerana, kata beliau, ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan secara langsung dengan kes pembikinan akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam.







Share on Myspace