16
Wed, Oct
22 Artikel Baru

Briged Muslimat tawan puncak Bukit Kertau

Berita
Typography
MARAN: Tanggal 31 Ogos menjadi detik bersejarah bagi anggota Briged Muslimat PAS Negeri Pahang apabila berjaya menganjurkan ekspedisi mendaki Bukit Kertau. 
 
Bermula jam 8.00 pagi, pasukan Briged yang diketuai oleh Fathin Hanina Mustaza memulakan langkah pendakian Bukit Kertau yang terletak di Chenor.
 
Pengarah Briged Muslimat Pusat, Nuri Muhammad menyantuni 75 peserta ekspedisi dari seluruh negeri ini disamping menyuntik semangat dengan pengisian motivasi.
 
Bukit Kertau menjadi pilihan pihak penganjur kerana ia adalah titik tengah pemetaan Semenanjung Malaysia sejak zaman pemerintahan British.  
 
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini selain dari merapatkan silaturahim dan menguji ketahanan fizikal serta mental ialah  memperkenalkan Briged Muslimat kepada masyarakat tempatan.
 
"Kita berharap pasukan Briged Muslimat dapat digerakkan di semua kawasan sebagai sebagai pasukan amal Muslimat," ujar Nuri. - HARAKAHDAILY 2/9/2019
IMG 20190902 WA0100
IMG 20190902 WA0098