15
Sun, Sep
31 Artikel Baru

SRITI Darul Hadis mercu tanda baru Tasek Gelugor

Berita
Typography

TASEK GELUGOR: SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor telah mengadakan gotong-royong perdana sebagai persiapan untuk berpindah masuk ke bangunan baru di Padang Menora, di sini kelmarin dahulu.

Gotong royong tersebut melibatkan guru, waris, JIBG, Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Tasek Gelugor, AMAL Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Program tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim yang juga merupakan Pengerusi SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor.

Turut hadir sama ialah Mudir Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah Padang Menora, Ustaz Subri Md Arshad yang juga merupakan salah seorang waris SRITI Darul Hadis ini.

Bangunan ini mercu tanda Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor yang dapat disiapkan hasil wakaf orang ramai, namun masih terdapat beberapa bayaran belum dilunaskan berjumlah RM350,000.

Mudir SRITI Darul Hadis, Ustaz Kamil Redzuan mengharapkan agar orang ramai dapat bersama membantu melunaskan bayaran yang masih tertunggak demi operasi institusi pendidikan Islam ini.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Islam 07043011040485 SRITI Darul Hadis Tasek Gelugor atau Maybank 557250063814 atau CIMB 8603204141 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam. - HARAKAHDAILY 2/8/2019