14
Mon, Oct
10 Artikel Baru

Pemuda PAS dan ISMA di gelanggang badminton

Berita
Typography
TASEK GELUGOR: Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai.
 
Riadah ukhuwah yang julung-julung kali diadakan antara kedua pihak pihak ini telah dilangsungkan di dewan Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY), di sini kelmarin.
 
Program bertemu mata anak-anak muda ini dipimpin Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Muhammad Azzam Abdullah dan Ketua Pemuda ISMA, Muhamad Zulazmi Saidin.
 
Perlawanan persahabatan melibatkan beberapa regu antara kedua pihak ini berkesudahan dengan regu Pemuda ISMA memenangi keseluruhan permainan tersebut.
 
Usrah santai yang mengisi seusai perlawanan berakhir turut diceriakan dengan kehadiran pendakwah terkenal yang juga Mudir PAKSY, Ustaz Abdullah Khairi. - HARAKAHDAILY 16/7/2019