24
Sat, Aug
20 Artikel Baru

Usah spekulasi Piya hijrah Kelantan United

Mohd. Badhri Radzi

Berita
Typography

KOTA BHARU: Peminat bola sepak di negeri ini diharap tidak membuat sebarang spekulasi awal berhubung penghijrahan bekas kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi bersama Kelantan United.

Presiden Kelantan United Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, sekiranya perkara itu tidak dikawal ia boleh mengeruhkan suasana.

“Saya sendiri sentiasa mengadakan perbincangan dengan pimpinan utama KAFA termasuk presidennya Bibi Ramjani.

“Hasil perbincangan dibuat didapati pengurusan KAFA sangat positif dan menyokong usaha kita untuk memeriahkan lagi sukan bolasepak di Kelantan,” katanya di sini.

Mohd Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya dilapor mahu mengheret KAFA ke mahkamah berhubung isu pembayaran gaji.

Kelantan United sekarang berada di kedudukan selesa dalam Liga M3. Berdasar prestasi tersebut pasukan terbabit dijangka berpeluang bermain dalam Liga Perdana pada musim hadapan. - HARAKAHDAILY 18/6/2019