15
Sun, Sep
29 Artikel Baru

Tahniah di atas pelantikan Ketua Hakim Negara

Nasional
Typography

DEWAN Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat di atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru semalam.

Sebagai menghormati institusi kehakiman yang sepatutnya bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, Muslimat PAS mendoakan agar Datuk dapat menjalankan tugas dengan saksama dan sejahtera, insya-Allah.

Muslimat PAS meyakini dengan solusi memartabatkan agama Islam berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak dan qias, serta institusi fatwa negara, sistem kehakiman akan menzahirkan keamanan dan kesejahteraan kepada negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Selamat menjalankan tugas!

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Mei 2019 | 28 Sya’ban 1440 – HARAKAHDAILY 3/5/2019