19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Anak muda Parit Buntar santai layan final Piala FA

Komuniti
Typography
PARIT BUNTAR: Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan tayangan skrin gergasi siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan Perak dan Kedah.
 
Acara anak muda bersama masyarakat ini telah diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Mat Ali di Warung Yusnina milik Yusri Yunus di Kampung Parit Mat Ali, di sini kelmarin.
 
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Badzrul Amin berkata, biarpun ianya program santai, tetapi menjadi medan dakwah lapangan untuk mendekati masyarakat.
 
Manakala Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Mohd Naszruddin Omar menyifatkan program itu sebahagian usaha perpaduan ummah di mana turut dihadiri entiti-entiti Umno Bahagian Parit Buntar.
 
"Walaupun keputusan akhir perlawanan tidak memihak pasukan Perak, kita tetap puas hati dengan semangat kesukanan yang menjadi agen perpaduan ummah," tambahnya. - HARAKAHDAILY 29/7/2019