19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Guru PASTI dan SRITI Nibong Tebal diraikan

Komuniti
Typography

NIBONG  TEBAL: Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal dengan kerjasama Majlis Guru (MGP) PASTI Nibong Tebal telah menganjurkan Majlis Hari Guru PASTI dan SRITI di Diana Tom Yam, di sini hari ini.

Sambutan majlis dirasmikan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff ini telah dimeriahkan dengan kehadiran guru-guru dari 13 PASTI seluruh Cawangan termasuk para guru SRITI.

Zamri dalam ucapan beliau menegaskan peranan dan kepentingan guru PASTI dan SRITI dalam membina dan membentuk jati diri individu Muslim dalam kalangan murid dan pelajar institusi itu.

Ketua MGP Nibong Tebal, Jamilah Shariff pula menyeru semua guru mengembang potensi diri bagi meningkatkan kualiti pengajaran dengan menyertai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Nor Hazleana Muhd Baiduri yang juga aktif dengan gerak kerja Dewan Muslimat di segenap peringkat.

Majlis yang dirai dengan jamuan makan  dan sesi bergambar ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad. - HARAKAHDAILY 13/7/2019

IMG 20190713 WA0050