19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Guru PASTI dan SRITI Tasek Gelugor diraikan

Komuniti
Typography
KEPALA  BATAS: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI dan SRITI yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, di sini kelmarin.
 
Majlis ini diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru PASTI dan SRITI dalam mendidik anak bangsa, serta meraikan sambutan sempena Hari Guru.
 
Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Sobri Salleh dalam ucapannya menghargai kegigihan para guru mengenalkan anak bangsa kepada huruf dan memastikan kemenjadian murid.
 
"Kerja guru sangat mulia, walaupum imbuhan diberi tidak seberapa, namun keikhlasan ditunjukkan dapat memberi ganjaran yang besar di akhirat sana," ujar beliau.
 
Para guru diraikan juga dengan pemberian sumbangan khas dan upacara memotong kek sambutan, selain dimeriahkan dengan upacara bertukar-tukar hadiah sesama mereka.
 
Majlis juga diserikan dengan penyampaian Anugerag Tokoh Guru PASTI dan SRITI kepada Suria Shamsudin dan Aizat Noordin serta Tokoh Murabbi Pendidikan kepada Ustaz Moin Hashim dan Ustaz Khalid Man. - HARAKAHDAILY 9/7/2019
IMG 20190709 WA0091