26
Fri, Apr
12 Artikel Baru

Malaysia lahir hari jadi Lee Kuan Yew

Kolumnis
Typography

SURUHANJAYA Tinggi Singapura menghadiahkan saya senaskhah buku rasmi bergambar Lee Kuan Yew, A Tribute. Ia menggambarkan ringkasan riwayatnya, perjuangannya, kerajaannya dan pencapaiannya.

Amat menarik. Kita boleh mengenalinya dari buku itu.

Tetapi yang paling menaik saya ialah di muka awalnya dicatatkan hari lahirnya 16 September 1923 dan matinya 23 Mac 2015.

16 September itu ialah hari lahir Malaysia 1963 iaitu hari lahir Lee yang ke-40. Tarikh itu adalah ganti cadangan awal 31 Ogos yang tidak dapat diteruskan kerana bantahan Presiden Sukarno dan Presiden Filipina Disdado Macapagal.

Syarat mereka menerima kelahiran Malaysia itu ialah mesti diadakan dulu tinjauan kepada rakyat Sarawak dan Sabah dulu apakah mereka setuju atau tidak. Setelah siap tinjauan itu barulah ditentukan tarikhnya. Semua setuju termasuk Britain yang hendak melepaskan kemerdekaan tanah jajahan itu melalui Malaysia.

Malaysia terpaksa mengadakan tarikh baru iaitu ditunda dua minggu dari tarikh asal iaitu 16 September sekalipun keputusan tinjauan belum siap. Kedua-dua Presiden menolak juga kerana laporan logiknya dibentangkan kepada mereka sebelum tarikh baru dibuat.

Tunku Abdul Rahman Putra membuat tarikh baru itu atas andaian tinjauan itu diterima rakyat kedua-dua wilayah itu.

Bagaimana Tunku boleh pilih 16 September yang jatuh pada tarikh lahir Lee Kuan Yew? Adakah kebetulan atau tali sulit dari Kuan Yew membisikkannya kepada Tunku? Atau ia dicadangkan oleh Lee sendiri kepada Tunku dengan alasan yang masuk akal tanpa menyebutkan ia hari lahir Perdana Menteri Singapura itu.

Dan Tunku mungkin tidak setuju tarikh itu jika tahu ia hari lahir Lee Kuan Yew. Dan Kuan Yew pun tentu tidak bodoh menyebutkannya kepada Tunku.

Payah hendak memikirkan ia satu kebetulan. Dan memandangkan Kuan Yew seorang yang pintar dan boleh buat apa yang orang lain payah buat, tidak mustahil ia datang dari Lee dengan menggunakan berbagai saluran hingga menjadikan tarikh lahir Malaysia itu adalah tarikh lahirnya dan jika dia berjaya jadi Perdana Menteri Malaysia kemudiannya, maka setiap kali menyambut Hari Malaysia adalah menyambut hari jadinya.

Tunku tidak perlu mendapatkan persetujuan Sukarno tetapi Tunku tidak boleh putus sendiri tanpa persetujuan British. Atau mungkin ia cadangan dari England yang disetujui Tunku tanpa mengetahui ia tarikh lahir Lee.

Kerana semua orang penting telah mati belaka, tiada siapa dapat menjawab teka teki ini. Mungkin PM Singapura sekarang Lee Hsien Loong tahu jika ayahnya ada bercerita kepadanya.

Atau mungkin juga membatalkan tarikh asal 31 Ogos adalah silat terajang politik halus Kuan Yew, apabila melihat projek Malaysia itu dan yakin disetujui Britain, maka dengan kekeliruan oleh ganyang Malaysia oleh Sukarno alihkan tarikh itu ke hari lahir Kuan Yew. Kepintarannya tidak mustahil British boleh dilobi.

Malaysia itu lebih dikehendaki oleh Lee dari Tunku. Tiada cara bagi Singapura merdeka melainkan dengan bercantum dengan Malaya atau merdeka melalu Malaysia mengikut rancangan Tunku. Banyak padangan mengira Malaysia ada projek penjajahan baru barat bagi mengimbangi politik antibarat Asia Tenggara khususnya Indonesia.

Cara mana penjajahan baru itu dapat disalurkan jika tiada peranan seorang seperti Lee yang British dan Amerika kenal pasti hala tuju dan keupayaan luar biasanya. Amerika lebih berminat Asia Tenggara yang pobarat dari Asia Tenggara pro/komunis atau pro-Islam.

Lee boleh jadi sekutu baiknya dan mereka boleh tolong hari lahir Malaysia pada hari lahir Kuan Yew. – HARAKAHDAILY 6/4/2019