Semua dijemput ke Hari Keluarga PAS Rantau Panjang
Roy Rasul
Thu | Aug 28, 08 | 5:03:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 pada 31 Ogos nanti, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang akan mengadakan sambutan Hari Keluarga PAS di kawasan tersebut.

Iklan
 
 
   

Menurut Ahli Parlimennya, Siti Zailah Mohd Yusoff, pelbagai program akan diadakan iaitu bertempat di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Rantau Panjang, KM 12 Lebuh raya Rantau Panjang-Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, yang ditemui di Majlis Jamuan Menyambut Ramadan di Jabatan Pengarang Harakah hari ini, program tersebut yang akan bermula dari jam 12.30 tengah hari akan dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yaakob.

Pelbagai program juga akan diadakan bagi mengisi aktiviti hari keluarga tersebut.

"Antaranya kita akan mengadakan majlis aqiqah perdana, khatam al-Quran, derma darah, khidmat kesihatan, tazkirah Ramadan dan sukaneka," katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau menjemput penduduk setempat datang meraikan majlis tersebut. - mks._

 

 
  Iklan Teks
 

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu