| 'PAS For All' slogan tawaran untuk pelbagai kaum |
|
Anis Nazri | Foto Nasir Sudin
Wed | Sep 12, 07 | 1:51:59 pm MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) - Istilah 'PAS For All' atau 'PAS Untuk Semua' akan dijadikan dan digunakan sebagai slogan tawaran PAS kepada semua rakyat yang meliputi pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran kempen 'PAS For All' dan pelancaran buletin 'Ren Men Shi Shi' online, yang diadakan di Pejabat Agung PAS, petang semalam. Nasharudin menegaskan PAS tidak pernah ketinggalan dalam isu kepentingan semua kaum, termasuklah isu penutupan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Damansara, yang pernah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina.
Justeru, beliau mengharapkan pada pilihan raya umum ke-12 nanti, rakyat berbilang kaum akan bangkit membuat perubahan dengan menggantikan kerajaan sedia ada yang penuh kepincangan dan kelemahan kepada PAS. Sementara itu, majlis pelancaran kempen anjuran LPN itu menarik perhatian ramai, termasuk orang yang berada di sekitar Jalan Raja Laut, khususnya masyarakat Cina. Malah, ada di antara mereka yang turut menepuk tangan serta melambai-lambaikan tangan ke arah pimpinan PAS yang menyaksikan persembahan tarian singa di hadapan Pejabat Agung PAS.
Kehadiran pimpinan tertinggi PAS, seperti Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh; Ketua Penerangan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab; dan beberapa pimpinan lain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon tanda sokongan.
Selain persembahan tarian singa, persembahan paluan rebana dan seruling
India atau Mirudengam turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir,
Majlis pelancaran kempen itu turut mengumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan LPN bagi digunakan sebagai kempen 'PAS For ALL'. Seorang pereka grafik dari Pandan Indah, Norazian Abu Hassan tampil sebagai pemenang mencipta logo dan menerima sijil penyertaan, serta beberapa hadiah sampingan lain. - mks. _ |
|||||||