| BN terdesak, pindah lebih 30 ribu pengundi ke Pantai Timur! |
|
Nyza Ayob
Mon | Jul 23, 07 | 4:03:35 pm MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sah! Barisan Nasional (BN) sedang berusaha habis-habisan demi memastikan kemenangan mereka 'by hook or by crook' dalam pilihan raya umum kelak.
Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan bahawa kira-kira 32,000 pengundi yang tinggal di luar Kelantan dan Terengganu telah berjaya didaftarkan untuk mengundi di kedua-dua negeri berkenaan dalam pilihan raya yang akan diadakan kelak.
Katanya, terdapat usaha pihak tertentu yang bukan di kalangan Barisan Alternatif berusaha mendaftar dan membawa masuk pengundi yang tinggal di luar untuk didaftarkan sebagai pengundi di Kelantan dan Terengganu. "Berdasarkan rekod DPT suku kedua 2007 itu, langkah terdesak pihak tertentu itu dikatakan berjaya membawa masuk pengundi yang bermaustautin di luar iaitu kira-kira 12 ribu orang ke Kelantan dan 20 ribu orang ke Terengganu. "Buat masa ini, bahagian urusetia Jabatan Pilihan raya PAS Kelantan dan Terengganu mengambil tindakan membantah jika berlaku peristiwa seumpama itu,"katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily. Justeru katanya, sewajarnya pimpinan PAS di negeri-negeri lain ialah memastikan jentera PAS membuat semakan dan bantahan dalam masa sehari sahaja lagi, sekiranya benar pengundi berkenaan tidak bermastautin di alamat serta lokaliti yang berdaftar. Perkara ini katanya, amat penting bagi memastikan pengundi sebenar sahaja yang layak menentukan politik Kelantan dan Terengganu. - mks. _ |
|||||||