Kerajaan perlu ambil berat keselamatan guru
Kamaruzaman Mohamad
Fri | May 11, 07 | 4:06:54 pm MYT

Laporan sebuah akhbar harian semalam, iaitu mengenai kes kematian Anizah Othman, 26, seorang ustazah muda yang bertugas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Hin Hua, di Kapit, Sarawak mengemparkan seluruh negara.

Iklan
 
 
   

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah kepada keluarga ustazah ini. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

DPPWP berpandangan, bahawa dalam kerajaan bertegas untuk menghantar guru-guru bertugas di luar bandar di samping mewujudkan beberapa elaun khas, kerajaan juga patut mengambil berat aspek keselamatan mereka.

Ini adalah perkara yang paling mustahak yang harus difikirkan oleh kerajaan.

Tragedi malang yang menimpa ustazah ini pastinya akan menghantui warga perguruan di seluruh negara, malah ia mungkin akan menimbulkan perasaan fobia bagi guru-guru yang akan dihantar ke pedalaman.

Bagi memastikan kes ini tidak dipencilkan begitu sahaja, kerajaan perlu melakukan sesuatu. DPPWP juga meminta agar pihak polis menjalankan siasatan rapi sehingga tertangkapnya penjenayah yang membunuh ustazah ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu bersedia untuk mengatasi masalah ini dan memberikan motivasi bagi memastikan guru-guru di negara ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Kepada guru-guru lain, diharapkan agar kes ini tidak menjadi satu halangan untuk mereka terus berbakti pada masyarakat.

Profesyen guru adalah pekerjaan yang paling mulia dan guru-guru masa kini perlu bersedia mengikhlaskan diri bagi memberikan ilmu di mana jua mereka ditempatkan dan tidak terlalu memilih sehingga menyebabkan kerugian yang besar dan pengabaian pada generasi pelapis di luar bandar.

Ingatlah bahawa, jawatan ini adalah amanah dan harapan rakyat. - lanh

* Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan._

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu