| Kecoh pengundi hantu, samseng Pemuda Umno pecahkan cermin kereta petugas BA |
|
Wan Nordin, Intan Abdullah dan Anis Nazri
Sat | Apr 28, 07 | 5:24:04 pm MYT |
|||||||
|
BATANG BERJUNTAI, 28 April (Hrkh) - Kekecohan berlaku di pusat mengundi SRJK (C) Bukit Badong yang dikatakan didalangi oleh samseng Pemuda Umno apabila bertindak menahan kereta pacuan empat roda milik petugas KeADILan.
Cermin kereta petugas KeADILan itu telah dipecahkan samseng BN, di mana menimbulkan kekecohan hingga berlakunya pergelutan di antara kedua-dua penyokong parti berkenaan. Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, pergelutan yang terjadi antara kedua-dua pihak berlaku dipercayai kerana tindakan petugas BA menahan dua bas yang disyaki membawa pengundi hantu. Pergelutan tersebut turut membabitkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. Bagi menangani kekecohan tersebut, kira-kira 100 anggota polis dengan tiga buah kenderaan menyuraikan pergelutan tersebut dalam tempoh 10 minit. - mks. _ |
|||||||