Ijok: Gara-gara mahu menang, pusat pelupusan sampah ditutup
Saidah Hairan
Fri | Apr 13, 07 | 3:04:45 pm MYT

KUALA SELANGOR, 13 April (Hrkh) - Gara-gara ingin mendapatkan sokongan rakyat apabila pilihan raya kecil Ijok diadakan, pusat pelupusan sampah Kubang Badak di sini ditutup sehari selepas wakil rakyatnya, Dato' K Sivalingam meninggal dunia 4 April lalu.

Iklan
 
 
   

Sebelum ini kewujudan pusat pelupusan sampah itu yang mengganggu keharmonian penduduk di Kuala Selangor khususnya di Ijok dan Batang Berjuntai tidak langsung dipedulikan pemimpin Umno/BN termasuk mendiang wakil rakyat berkenaan.

Pada Jun 2006 penduduk di Ijok dan Batang Berjuntai membuat demonstrasi selama sebulan di hadapan pusat pelupusan sampah itu supaya dihentikan kerja-kerja pelupusan sampah. Image

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dun (PAS) Ijok, Abdul Rahman Moharam, selepas itu penduduk telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo di pejabatnya, di SUK, Shah Alam.

Bagaimanapun, katanya, segala bantahan itu tidak mendapat layanan MB dan mendiang Sivalingam.

Beliau berkata, penduduk kampung yang berdemonstrasi masih ingat kata-kata Sivalingam; "Jangan menjadi jaguh kampung atau mencari publisiti murahan."

Ketika Harakahdaily mengunjungi pusat pelupusan sampah, di pagar utama terdapat papan tanda yang bertulis; `Tapak pelupusan sanitari Kubang Badak akan ditutup 7 April'.

Kelihatan sebuah jengkaut sedang beroperasi menutup semua sampah dengan tanah merah.

Harakahdaily mengajukan pertanyaan kepada seorang pengawal keselamatan di situ mengapa dan sehingga bila pusat itu ditutup, tetapi beliau tidak mengetahuinya. Image

Abdul Rahman yang pernah menjadi calon bertanding menentang Sivalingam yakin pusat sampah itu ditutup hanya mahu mengaburi mata rakyat supaya rakyat terus memberi sokongan kepada calon BN.

"Ini hanya mainan politik BN sebab mereka tidak mahu pimpinan tertinggi mereka menghidu bau busuk, tetapi kalau rakyat hidu busuk setiap hari tidak menjadi masalah," katanya.

Tambah beliau, bau busuk sampah itu lebih teruk apabila hari hujan.

Beliau yakin pusat pelupusan sampah itu akan dibuka sebaik saja selesai pilihan raya Dun Ijok dan beroperasi seperti biasa. - lanh _

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu