Jadual tugas di Machap: Sila semak di manakah TNC anda!
Intan Abdullah
Mon | Apr 09, 07 | 12:19:53 pm MYT

Sejumlah 19 TNC dan Dekan HEP (sebenarnya seluruh urusetia HEP sendiri) dari universiti seluruh negara kini sudah menjadi sebahagian jentera kempen Umno-BN, dan ini dibuktikan dalam pilihan raya kecil Dun Machap, Melaka, bermula pada hari penamaan calon 3 April sehingga hari mengundi, Khamis 12 April nanti.

Iklan
 
 
   

Mereka bukan lagi berusaha menghalang pelajar-pelajar berkempen untuk calon pembangkang, tetapi bertindak proaktif menyokong calon BN, satu operasi yang begitu memalukan.

Maklumat ini telah didedahkan dalam tulisan saudara Ahmad Lutfi Othman pada 5 April yang lalu secara terperinci yang mana Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan "Standard Operating Procedure Pemantauan Pilihan Raya Kecil DUN N08 Machap" yang terangkum dalam 10 halaman bercetak, yang memperincikan panduan khusus mengumpul bukti bagi tujuan membolehkan pihak universiti membuat pendakwaan terhadap mana-mana pelajar atau kakitangannya yang berkempen untuk calon pembangkang di Machap.

Kali ini ada saya ingin berkongsi maklumat mengenai sebahagian jadual tugasan jawatankuasa yang telah disusun pada 11 April iaitu sehari sebelum hari pembuangan undi 12 April nanti di Dun Machap bagi membuktikan bahawa kita mempunyai maklumat tugasan jawatankuasa tersebut.

Jadual ini berubah setiap hari, berdasarkan sistem kerja dua shif, bermula 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 malam. Ia berterusan sehingga ke hari terakhir kempen, 11 April, Selasa, manakala pada hari pembuangan undi, 12 April, bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang, semua pasukan bertugas dimestikan berada di kawasan mengundi.

Berdasarkan jadual tersebut, di Felda Sungai Percha daripada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai IPT peneraju kepada Universiti Sains Malaysia yang bertugas sebagai IPT peserta pada sebelah pagi iaitu sehingga pukul 4 petang manakala pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam pula di tempat yang sama UPSI dan USM.

Di Tabong pula, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertugas pada jam 8 pagi hingga 4 petang manakala pada jam yang seterusnya UTHM dan UPM sebagai IPT Peserta. Universiti Malaya (UM) pula sebagai ketua operasi sepanjang hari tersebut di sana.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mengetuai operasi di Kemuning di mana Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertugas sebagai IPT peserta pada sesi pertama dan UiTM dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bertugas pada sesi kedua.

Bagi daerah Machap Baru, diketuai oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertugas sebagai IPT peserta pada sesi pertama manakala Universiti Teknikal Malaysia dan UM bertugas pada sesi kedua.

Universiti Teknologi Mara (UITM) mengetuai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UM bertugas di daerah Solok Menggong pada sesi pertama. UTM dan UDM bertugas pada sesi kedua manakala di Melaka Pindah pula, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bertugas pada sesi pertama. UMT dan UUM bertugas pada sesi kedua dengan diketuai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepanjang hari tersebut.

USM mengetuai IPT peserta lain bertugas di daerah Machap Umboo iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UKM pada sesi pertama, USM dan UniMAP pada sesi kedua, dalam masa yang lain UPM dan UiTM pada sesi pertama, UMP dan UNIMAS pada sesi kedua yang diketuai oleh UTHM di Ayer Pasir

Dengan merujuk kepada sebahagian jadual tersebut, kita boleh menyemak kedudukan TNC dan pegawai-pegawai HEP IPT masing-masing yang bertugas mengikut daerah mengundi yang telah ditetapkan. Ia merupakan operasi yang terancang pihak kerajaan dalam usaha memenangkan Barisan Nasional dan Umno dalam setiap pilihan raya yang diadakan.

Lalu,apakah ini menggambarkan bahawa BN begitu 'terdesak' sehingga terpaksa menggunakan seluruh jentera kerajaan yang ada untuk menang dalam pilihan raya kecil ini? _

Iklan Premium B Iklan Premium C
Iklan Teks Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu

Iklan Di sini. Hanya RM150 seminggu