| Tiada penyelesaian di Pattani, rakyat perlu tuntut kuasa |
|
Intan Abdullah
Wed | Mar 21, 07 | 8:31:25 am MYT |
|||||||
|
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - "Rakyat Pattani dicadangkan agar dapat menyerahkan refendum bagi menuntut kuasa autonomi daripada kerajaan Thailand untuk menyelesaikan konflik di sana," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berpendapat, selagi mana Pattani berada di bawah pemerintahan kerajaan Thailand, mereka tidak dapat menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku antara kedua-dua kumpulan yang bertelagah. Mohamad berkata, pada masa yang sama kerajaan Thailand dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang semakin kronik, bahkan juga gagal membangunkan Selatan Thailand tersebut. "Lebih baik kita membiarkan mereka menentukan sendiri halatuju mereka dan saya yakin keadaan akan menjadi semakin baik kerana hanya rakyat di sana yang lebih mengetahui cara untuk mengatasi situasi yang bergolak di sana. "Saya melihat tiada kesan terhadap hubungan diplomatik yang telah terjalin dengan beberapa negara lain,juga tidak perlu campurtangan daripada mana-mana pihak dalam mengembalikan semula keamanan di Selatan Thai," tambah beliau lagi. Terbaru, tiga lagi penduduk telah ditembak mati dalam serangan terbaru di wilayah selatan semalam ketika Ketua Junta mengadakan lawatan ke wilayah yang dilanda ketegangan sejak lebih tiga tahun lalu. Kesemua mangsa adalah pekerja wanita bagi projek pertanian kerajaan terbunuh apabila mereka ditembak lelaki bermotosikal dalam kejadian awal pagi di Pattani, salah satu wilayah yang dilanda keganasan bersempadan dengan Malaysia. - mks._ |
|||||||