Makluman Semasa | 20/12/2007
Sebarang urusan tempahan iklan dari 25/12/200 hingga 01/01/2008 akan diuruskan pada 02/01/2008.
   
     

Syarat dan Terma

  • Rekabentuk banner mengikut saiz yang ditetapkan dan mematuhi resolusi (72) paparan web biasa (Standard).
  • Saiz fail banner adalah 30Kb - 50Kb sahaja dan berformat JPEG atau GIF atau SWF.
  • Rekabentuk banner untuk disiarkan hendaklah siap atau diserahkan sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh penyiaran.
  • Penambahan atau perubahan rekabentuk banner setelah dipersetujui dan disiarkan akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Penambahan atau perubahan rekabentuk laman setelah dipersetujui dan disiarkan akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan.
  • Iklan akan disiarkan setelah Borang Tempahan siap ditandatangani dan disahkan.
  • Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh seperti yang ditetapkan.
  • Sebarang pembatalan terhadap tempahan iklan setelah ditandatangani atau disiarkan akan dikenakan caj penalti 70% daripada nilai harga tempahan iklan dan harga keseluruhan kerja khidmat jika ada.
  • Tempoh paparan iklan akan diganti sekiranya terdapat sebarang masalah yang menyebabkan penyiaran iklan tergendala atau terganggu.
  • Penangguhan atau perubahan tempoh masa paparan iklan yang sedang disiarkan adalah tidak dibenarkan.
  • Pihak pengurusan Harakahdaily.Net tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan yang disebabkan oleh penyiaran iklan samada secara langsung atau tidak langsung khususnya penyiaran yang tergendala atau terganggu.
  • Pihak pengurusan Harakahdaily.Net berhak untuk membatalkan sebarang tempahan atau penyiaran iklan sekiranya terdapat sebarang unsur-unsur penipuan atau yang bercanggah dengan etika pengiklanan atau polisi penerbit tanpa memaklumkannya terlebih dahulu.
  • Pihak pengurusan Harakahdaily.Net akan memulangkan bayaran (mengikut baki tempoh penyiaran) sekiranya iklan yang dibatalkan oleh pihak pengurusan tidak diganti baru atau pengiklan enggan meneruskannya (mengikut pilihan pengiklan).
  • Semua urusan adalah dijalankan dalam Ringgit Malaysia. Bayaran dibuat atas nama ... (seperti ditetapkan)

* Sebarang perubahan terhadap syarat dan terma adalah tertakluk kepada etika pengiklanan dan polisi penerbit dan akan dimaklumkan kepada pengiklan semasa.

     
       
© 2007 HarakahDaily.Net, All rights reserved.