Laman | Sekolah & Kemudahan | Program Kuliah | Buku-Buku | Hubungi

Pengenalan
Madrasah Zubaidiyah telah diasaskan pada tahun 1998. Ia adalah hasil kesinambungan institusi pondok generasi sebelumnya. Madrasah ini telah bertanggungjawab menyebarkan ilmu agama dan akademik serta mendidik pelajar-pelajar islam secara formal selama 20 tahun.

Tidak sekadar berperanan sebagai pusat pendidikan islam sahaja malah juga berfungsi sebagai pusat membiayai pengajian anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan.

Walaupun tidak pernah memperolehi sebarang bantuan dari pihak kerajaan (negeri atau pusat), namun begitu, Alhamdulillah ia semakin membangun. Inilah keberkatan membantu anak-anak yatim.

Demi memastikan keutuhan akidah, kemantapan ilmu dan keindahan akhlak, maka pihak pentadbir Madrasah sentiasa memantau pendekatan yang dilaksanakanbagi menjamin kejayaan hakiki yang diimpikan iaitu 'Hasanah Fid Dunia Wa Hasanah Fil Akhiroh' (Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat).

Rawatan Islam
Madrasah Zubaidiyah juga menjadi cawangan kepada "Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Darussalam) yang diasaskan oleh Ust. Dato' Hj Ismail Kamus bagi utara semenanjung.

Sumbangan Pembangunan
Madrasah Zubaidiyah merancang beberapa perkara bagi tujuan pembangunan Madrasah Zubaidiyah antaranya:-

  • Menyelesai Bayaran Pembinaan Surau Baru
  • Membina Asrama & tambahan Kelas Tahfiz Al-Quran
  • Membiayai Pengajian Anak Yatim

Sebarang sumbangan bolehlah dilakukan dengan menghubungi 019-4805683 (Ust Hanif Ghazali) atau sumbangan terus ke akaun BIMB - Lujnah Penerangan dan Pembangunan Madrasah Zubaidiah - No Akaun: 020-200-1002-2212.

 

Program Kuliah & Tazkirah sepanjang bulan Mei 2008
Oleh Ustaz Hanif Hj Ghazali

Khutbah Jumaat - Masjid Al-Atiq, Merbok, Kedah
02 Mei 2008
Kuliah Maghrib - Masjid Kg P. Lebai Man, Sg Petani, Kedah
03 Mei 2008
Kuliah Subuh - Surau An-Naim, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
04 Mei 2008
Maklumat program penuh klik di sini

Membeli Sambil Bersedekah
Buku-buku terbitan Madrasah Zubaidiyah

Buku ini menghimpunkan amalan ayat-ayat Al-Quran, zikir, selawat doa untuk menerangkan hati dan menguatkan ...
Maklumat koleksi buku klik di sini
     
Laman | Program Kuliah | Buku-Buku | Hubungi   © 2008 HarakahDaily.Net